<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


@@--chapters...--@@
i » ii » iii» 1» 2» 3» 4» 5» 6» 7» 8» 9» 10» 11» 12» 13» 14» 15» 16» 17» 18» 19» 20» 21» 22»






Free Web Counter
Free Hit Counter

-try here=)-
teja's lair

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, September 27, 2005
3

Rasa cemas menyelubungi hati Helena. Rajuknya pada Tuk Pah sudah hilang, diganti dengan rasa kesal kerana terlalu mengikut perasaan. Aku dah buat silap besar ni... tapi takkan nak suruh diorang patah balik hantar aku balik kampung? Tuk Pah, tolong Lena, Lena tak nak pergi sebenarnya...

Dia diam sahaja sepanjang perjalanan. Sepatah yang ditanya oleh Adila atau Jazid, sepatah jugalah yang dia jawab, meskipun dia lebih banyak mengangguk atau menggelengkan kepalanya sahaja. Hatinya meronta-ronta ingin pulang ke rumahnya semula.

"Err...Dato'?"

"Ada apa?" Jazid bertanya, memandang Helena melalui ekor matanya.

Hantarkan saya balik kampung semula? Saya dah tukar fikiran, saya tak nak ikut Dato' dan Datin... "Lama lagi ke kita nak sampai?" Ayat itu pula yang terkeluar dari mulutnya.

Bibir Jazid mengukir senyuman. Dia tahu sebenarnya bukan itu yang mahu dikatakan oleh Helena. "Tak lama dah...lepas roundabout ni, dah dekat dah. Kenapa, Lena dah penat ke?"

Macam nak mati. "Tak adalah...saja tanya..." Helena bersandar semula. Fikirannya melayang, mengingati Tuk Pah yang ditinggalkan di kampung. Kalaulah dia tidak terlalu mengikut perasaan... kalaulah dia memberitahu Tuk Pah yang dia tidak mahu pergi....kalaulah...

Terputus lamunannya apabila Jazid menekan brek. Kenapa tiba-tiba berhenti? Helena menjenguk ke luar tingkap. Mak datuk...! dia menelan liur.

Adila dan Jazid sudahpun melangkah keluar dari kereta. "Lena, dah sampai dah, meh keluar?" Adila menjengukkan kepalanya ke dalam kereta apabila menyedari Helena tidak bergerak. Dengan berat hati Helena membuka pintu kereta dan menjejakkan kaki ke luar, ke halaman rumah majikan barunya.

Dan di hadapannya tersergam indah sebuah banglo berwarna kuning tanah, berkali-kali ganda besarnya daripada  rumah yang didiaminya bersama Tuk Pah. Tidak pernah dia melihat rumah semegah ini. Halaman rumahnya pula, Helena memandang sekelilingnya, dipenuhi pokok-pokok bunga yang terjaga rapi. Sejuk mata memandang. Wah, ada bunga matahari!

"Lena, masuk?" suara Jazid menerjah telinganya, mematikan rasa seronok yang baru hendak dirasainya dek ternampak bunga kesukaan.

"Iye, Dato'..." terasa segan pula dia, lebih-lebih lagi melihat beg pakaiannya sudah pun berada di tangan Jazid. Perlahan langkahnya diatur mengekori langkah Jazid. Adila sudah pun masuk ke dalam rumah.

Sekali lagi Helena terpegun dengan susun atur perabot dan skim warna yang digunakan untuk menghiasi ruang dalam rumah itu. "Cantik," terlepas pujian dari mulutnya. Adila yang muncul tiba-tiba entah dari mana sempat menangkap pujian dari mulut gadis itu. Dia tersenyum, puas hati apabila hasil penat lelahnya diakui. Helena memandang Adila.

"Datin yang buat semua ni?"

Terasa senyumannya tawar mendengar Helena memanggilnya 'Datin'. "Kerja saya pilih perabot, kertas dinding dengan mengarahkan orang menyusun je," Adila mengenyit mata. Helena tersengih. Ada duit, semua jadi...bisik hatinya.

"Jom, saya tunjukkan bilik Lena," Adila menyentuh lembut lengan Helena. Helena menurut sahaja.

Ni bilik orang gaji ke bilik anak die ni? Helena membeliakkan mata. Cantik sungguh. Walaupun tidak sebesar mana, namun serba lengkap. Sebuah katil bujang bercadar hijau lembut terletak kemas di satu sisi, meja belajar di tepi katil, siap dengan study lamp lagi. Almari kayu 3 pintu, juga karpet sederhana tebal mengalas lantai. Dia memandang Adila tanpa kata. Wanita itu tenang sahaja.

"Suka tak?"

"Datin...ni...macam bukan bilik orang gaji je...."

"Lena tak suka ke?"

Eh eh makcik ni, lain yang aku kata, lain pulak yang dia jawab. "Bukan Lena tak suka...tapi... macam tak sesuai dengan kedudukan Lena kat sini je..." dia merendah diri. Sememangnya di hadapan orang berada seperti Jazid dan Adila, dia terasa kecil. Di rumahnya sendiri, bolehla dia tunjuk besar, ni di tempat orang....entah la...

"Kalau Lena suka, then, tak ada masalahla kan? Ok, jom, saya kenalkan pada Cik Izah pulak."

"Cik Izah?"

"Pembantu rumah utama," Adila tersenyum. "Kerja Lena nanti, tolong dia-lah," ringkas sahaja penjelasannya, membuatkan Helena ternganga. Happy go-lucky sungguh Dato' dengan Datin ni. Job description sikit punya sempoi.

Sekali pandang sahaja sudah cukup untuk membuatkan Helena menyenangi wanita separuh umur yang bekerja di rumah besar itu. Tubuhnya sedikit gempal, suaranya lantang namun penuh dengan sifat keibuan. Cepat sahaja kedua-duanya mesra.

"Cik I pun tak faham kenapa Dato' dengan Datin nak sangat ambik pembantu untuk cik. Cik ni, rasanya kuat lagi, nyanyuk pun tidak," Cik Izah tersengih. Nampaknya dia lebih gemar membahasakan dirinya sebagai 'cik'. "Masakan cik dah tak sedap ke, Datin?" soalnya, membuatkan Adila dan Helena sama-sama tertawa.

"Saya ke depan dulu-lah. Lena boraklah dulu dengan Cik Izah. Tanya semuanya yang Lena nak tahu. Cik dah lama dah dengan kami," kata Adila sebelum melangkah ke ruang keluarga, di mana Jazid sedang bersandar di sofa, matanya tertutup, cuba menghilangkan penat memandu barangkali.

"Abang dah masukkan beg-beg Lena ke dalam bilik dah," kata Jazid, tanpa dipinta, matanya masih tertutup. "Dia macam mana?"

"We overdid it, didn't we?" jawapan Adila berupa pertanyaan juga. Dia mengambil tempat setentang dengan suaminya.

Jazid membuka mata. "Overdid it? Bagi dia, mungkin-lah, tapi, abang tak tenang kalau dia tak dapat yang terbaik. Bilik tu pun, abang tak cukup puas hati lagi."

Adila tersengih lalu menceritakan apa yang dikatakan oleh Helena sebaik sahaja dia melihat biliknya. Jazid tergelak. "Macam bukan bilik orang gaji, dia kata. Iyelah, siap dengan study table, study lamp,carpet lagi...tapi..." suara Adila berubah perlahan. "...Dila macam terkejut jugak bila dia sebut pasal kedudukan dia dekat sini. Dia kata tak sesuai..."

Jazid tidak bersuara untuk beberapa ketika. "Reminds you of somebody in particular?" tanya Jazid, walaupun dia tahu apa jawapan yang bakal diterimanya.

Adila mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Perlu ke abang tanya? Bukan ayat yang sama ke 'dia' sebut pada abang dulu?"

Posted at 12:14 am by miss teja

Namejukee
April 14, 2007   02:25 PM PDT
 
x de pape nak komen..
just want to say........
u best ler..
Namejukee
April 14, 2007   02:26 PM PDT
 
x de pape nak komen..
just want to say........
u best ler..
Dr_ecaH
November 10, 2007   12:52 PM PST
 
seriusly.. its was as nice as all hlovate e-novel..
you guys don't agreat job!
well done!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry