<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


@@--chapters...--@@
i » ii » iii» 1» 2» 3» 4» 5» 6» 7» 8» 9» 10» 11» 12» 13» 14» 15» 16» 17» 18» 19» 20» 21» 22»






Free Web Counter
Free Hit Counter

-try here=)-
teja's lair

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, October 13, 2005
5

"Kenapa mama tak beritahu Zul yang mama nak ambik pembantu rumah baru?"

"Tak rancang pun. Split second decision," seboleh mungkin Adila mahu mengelak daripada memandang wajah anaknya. Anak kedua mereka itu bukan boleh dibuat main. Zul-Ashraf Hakimi, periang dan happy-go-lucky, namun jika ada perkara yang mengganggu fikirannya, siakpnya bertukar serius, malah kadangkala dalam keadaan seperti itu seolah-olah dia pula menjadi ketua keluarga. Lebih dominan daripada Jazid.

"Split second decison?" Zul mengangkat keningnya. Direnung si ibu yang sejak tadi setia menatap majalah Anjung Seri di tangan, langsung tidak mengangkat muka. "Mama, I'm not buying that."

"Zul tak percaya mama?"

Aduh...ni yang susah ni. Mana aci pakai ayat hikmat tu! "Bukan Zul tak percayakan mama. Cuma Zul rasa pelik sikit. Mama dengan ayah bukannya jenis yang suka buat keputusan last minute, let alone in a split second."

Adila menyelak helaian majalah di hadapan, otaknya sibuk mencari jawapan yang sesuai, yang dapat memuaskan hati anak bujangnya itu.Susah nak bercakap dengan debator sekolah ni... "Macam ni la. Sebenarnya mama dengan ayah memang dah lama nak carikan pembantu baru untuk Cik, tapi belum jumpa yang sesuai lagi. Hari tu, masa mama ikut ayah outstation, terdengar pulak cerita pasal Lena. Anak yatim piatu, sebatang kara, tinggal dengan penjaga yang dah agak berumur..." Adila terasa sebak tiba-tiba. "Ada masalah kewangan lagi...yuran PMR pun dah lama tertangguh. So, masa tu, kami buat keputusan...tak salah kalau nak menolong meringankan beban orang."

And tambah beban pada keluarga sendiri? Sejak bila rumah ni jadi temapt kebajikan? "Tapi ma...dia baru je 15 tahun. Legal ke kita nak ambik dia kerja kat sini? Nanti tak pasal-pasal niaya kat kita pulak..."

"I won't call it 'dia bekerja kat sini'," Adila membalas. "Mama dengan ayah dah buat perjanjian dengan penjaga Lena yang kami akan tanggung urusan kewangan dan kebajikan dia. In return, dia jadi pembantu Cik dekat rumah kita. Win-win situation."

Kenapa dengan mak bapak aku ni? Win-win situation? Dari apa yang aku nampak, budak perempuan tu je yang untung. Makan pakai semua mak bapak aku yang tanggung. "Umm...sekolah mana dia masuk nanti?" Janganla sekolah aku, janganla sekolah aku.... lagipun takkan mama and ayah nak masukkan budak kampung tu kat sekolah mahal macam tu...

Adila mengangkat muka. "Do you even have to ask, Zul? Mestila dia sekolah sama dengan Zul. Dia baru sampai dari kampung kan...she'll be needing a helping hand. Kalau sama sekolah dengan Zul, kan senang cerita?" Tanpa mempedulikan wajah Zul yang nyata tidak puas hati sama sekali, Adila menyambung. "Macam mana kaki? Sakit lagi?"


First impression kepala hotak aku! Tengok apa dah jadi? Kan elok je kalau tunggu Cik bangun baru tolong dia. Ni-lah padahnya, nak tunjuk pandai sangat.

Tengok apa dah jadi?

Tapi...

Salah orang tu jugak, siapa suruh dia datang dari belakang? Tak ada bunyi, tak ada apa. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba pusing belakang ada orang? Siapa yang takkan menjerit? Dahla tengah pagi-pagi buta macam tu....

Helena mengiring menghadap dinding. Tak dapat dibayangkan rasa malu yang dirasainya pagi tadi. Jeritannya cukup kuat untuk membuatkan Cik Izah meluru keluar dari biliknya. Juga cukup kuat menyebabkan Adila yang baru keluar dari biliknya terkocoh-kocoh turun.

Dan orang yang membuatkan dia terperanjat...mendesis kesakitan sambil memegang bahagian dorsum kakinya yang menjadi mangsa periuk nasi yang terlepas dari tangan Helena. Beras bertaburan di atas lantai.

"Siapa ni mama?!" pemuda itu memandang ke arah Adila yang masih kelihatan bingung.

"Apa jadi...? Lena tak apa-apa?" Adila bergerak ke sisi Helena yang tampak cemas dengan situasi di hadapannya. Helena menelan liur. Dia menggelengkan kepala, matanya tertumpu pada pemuda yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia panggil Datin...mama...ini kot anak kedua keluarga ni...

"Ma? Anak mama kat sini ha...kaki tengah sakit ni..." ujar pemuda itu, nada suaranya cukup menyakitkan hati Helena. Adila menghampiri anaknya yang sedang duduk di kerusi meja makan yang terletak di ruang dapur, asyik membelek kakinya.

"Manja sangat Zul ni. Mama tengok tak ada apa-apa pun...okey je,"Adila menggeleng-gelengkan kepalanya. Pemuda itu mendongak, wajahnya tidak bereaksi.

"Yelah, Zul manja. Yang ni pulak siapa?" dingin suaranya, matanya memandang Helena dari hujung mata. Adila menggelengkan kepala lagi. Dah datang dah angin anak bujang sorang ni.

"Helena, our new helper," balas Adila,ringkas.

"Saya minta maaf," Helena menyampuk, perlahan. "Terkejut sangat tadi, tak sengaja..."

"Hmm..." pemuda itu membalas acuh tak acuh. Tidak dipandangnya Helena ketika gadis itu melafazkan maaf. "Ma, Zul naik dululah. Ingatkan nak buat milo, hilang mood dah..."

"Kaki sakit boleh naik tangga ke?" Helena tidak dapat menahan mulutnya, geram. Sepantas kilat dia menekup mulutnya kembali, kesal dengan keterlanjuran lidahnya. Tapi salah mamat tu jugak, siapa suruh buat kerek dengan aku? Tapi..mamat ni bukan sebarang mamat...anak tuan rumah tu... "Sorry..."

Kata-kata Helena dibalas dengan renungan tajam oleh pemuda itu. Dia kelihatan seperti hendak berkata sesuatu namun menukar fikirannya di saat akhir. Tanpa sebarang kata, dia terus sahaja melangkah keluar dari dapur. Helena mengalihkan pandangannya ke arah Adila dan Cik Izah, agak cemas.

"Lena bukan sengaja, Datin, Cik..."

Di luar dugaan Helena, kedua-dua wanita itu tertawa. " Tak apa Lena...Zul pun mesti terkejut dengar Lena lawan cakap dia. Dia tu memang berangin sikit. Kalau tengah datang anginnya tu, seelok-eloknya larilah. Kalau ada pun yang berani balas balik cakap dia pun, anak sulung saya yang dekat Australia tu..."

Tak berniat pun nak membalas kata-kata Zul tadi. Namun didorong oleh rasa sakit hati, mulutnya terasa ringan sahaja hendak memerli pemuda itu.

Posted at 09:10 pm by miss teja

adhan
October 14, 2005   12:37 PM PDT
 
bukan helena je takleh control mulut tapi aku pun akan jadi gitu gak..kerek plak..tetiba muncul sapa suruh..len kali bagi salam...kan dah sakit kaki..padan muka...
shara
October 14, 2005   05:25 PM PDT
 
bestlah jln cerita nie..walaupun baru saja mula...tak sabar nak tunggu cerita seterusnya!!...tolong update hari2 ya miss teja?!*wink*..kalau boleh sehari tu terus dua entry ker...hehhe...(seriously..:D)hehee...bye
Iya
October 23, 2005   01:00 AM PDT
 
hohoh... best... :D
dhiya
October 25, 2005   04:43 PM PDT
 
suka-suka! lawan je ckp zul tu! zul tu mmg patut di lawan ckpnya... :))

*teja, tingat kat zul-dhiya* :p
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry